JOHOR BAHRU: Polis Johor menahan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor kerana disyaki melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja perempuan berusia 16 tahun, di kawasan Taman Johor Jaya, Isnin lalu.
Menurut Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, suspek yang berusia 29 tahun dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian itu ditahan di kawasan Seri Alam untuk siasatan lanjut.
"Polis Kontinjen Johor mengesahkan telah menerima laporan polis dan sedang menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut.
"Tangkapan telah dibuat terhadap suspek dan polis turut merampas satu unit telefon bimbit berserta kad sim yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes yang disiasat.
"Permohonan reman terhadap suspek dibenarkan selama enam hari mulai Selasa hingga Jumaat," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Jika disabitkan kesalahan hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Apr 24 2024
Kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. - Gambar hiasan
LPB: KKR mohon peruntukan tambahan RM1 bilion bagi selenggara 'redline'
Kementerian Kerja Raya akan memohon peruntukan RM1 bilion bagi menyelenggara laluan redline melibatkan projek Lebuhraya Pan Borneo.
Menu chef Sarawak dan nasi lemak dapat sambutan hangat di acara gastronomi Rusia
Pertandingan masakan itu adalah sebahagian daripada KazanForum 2024 yang diadakan dari 14 Mei hingga 19 Mei.
Intip ICC: Ahli Parlimen Belanda gesa siasatan dijalankan ke atas Israel
Usaha-usaha berkenaan dilaporkan bertujuan untuk mengganggu siasatan mengenai jenayah perang yang dilakukan di Wilayah Palestin.
Bersatu padu, bekerjasama jaga keamanan dan kestabilan negara - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah menyeru semua pihak untuk terus bersatu padu dan bekerjasama dalam menjaga keamanan dan kestabilan negara.
AWANI Ringkas: Pembunuhan Zayn Rayyan terlalu awal untuk spekulasi - Peguam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan Thailand lulus langkah baharu untuk tingkat sektor pelancongan
Thailand mengumumkan langkah baharu untuk memudahkan sektor pelancongan, membolehkan pelancong Malaysia masuk tanpa visa dengan tempoh penginapan sehingga 60 hari.
Gunung Ibu terus aktif, meletus sekali lagi
Gunung Ibu di pulau terpencil Halmahera terletak di Maluku Utara, Indonesia sekali lagi dilaporkan meletus pada jam 11.03 pagi waktu tempatan.
China kuatkuasa undang-undang kurangkan kebergantungan import
Undang-undang keselamatan makanan pertama diperkenalkan China bertujuan mencapai 'sara diri mutlak' bagi bijirin makanan ruji, berkuat kuasa hari ini.
PM Kanada nyatakan sokongan ke arah gencatan senjata
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau menyokong cadangan gencatan senjata di Gaza seperti dikemukakan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
Pulau Pinang sambut penerbangan terus pertama Juneyao Airlines dari Shanghai ke Malaysia
Pulau Pinang meraikan ketibaan penerbangan terus pertama dari Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong yang dikendalikan Juneyao Airlines.
Pegawai polis lakukan amang seksual ditahan
Polis Johor menahan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor kerana disyaki melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja perempuan berusia 16 tahun, di kawasan Taman Johor Jaya, Isnin lalu.
Pegawai polis didakwa bunuh pelajar, kes dipindah ke Mahkamah Tinggi
Tiada tarikh yang ditetapkan untuk kes tersebut disebut semula di Mahkamah Tinggi.
ASP, Sarjan ditahan disyaki terlibat kes samun
Seorang pegawai polis berpangkat ASP dan seorang Sarjan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes samun membabitkan kerugian berjumlah RM5,150.
Kes langgar pelajar: Pegawai kanan polis didakwa esok atas kesalahan membunuh
Pegawai kanan polis yang dipercayai melanggar pelajar berusia 17 tahun hingga maut akan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh, Perak, esok atas kesalahan membunuh.
Pelajar maut dilanggar, pegawai kanan polis direman tiga hari
Tempoh reman bermula pada Sabtu sehingga Isnin depan.
Empat lelaki termasuk dua polis ditahan samun pekerja asing
Empat lelaki termasuk dua anggota polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian menyamar sebagai pegawai polis dan samun warga asing.
Pegawai polis terima 19 jahitan akibat cedera ketika Op Tapis
Seorang pegawai polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut menerima 19 jahitan selepas cedera di bahagian muka akibat terjatuh ketika hendak menahan suspek semasa Op Tapis Khas Isnin lep
196 warga PDRM ditahan kerana dadah dalam 10 bulan pertama tahun ini - KPN
Seramai 196 anggota dan pegawai polis ditahan kerana terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
Pegawai dan enam anggota polis ditahan bantu siasatan kes curi
Polis menahan seorang pegawai dan enam anggota polis yang bertugas di Selangor bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian pelbagai barangan.
Inspektor jatuh dari ketinggian enam meter ketika kejar suspek miliki dadah
Seorang pegawai polis cedera di kaki selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira enam meter semasa mengejar seorang suspek yang dipercayai memiliki dadah pada Sabtu lepas.